Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru akan mengadakan program bantuan anak yatim dan fakir miskin pada 28 Julai 2013 pada jam 9.00 jam - 11.30 pagi bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Adun Bukit Baru.
Program ini dijalankan bersama dengan Dewan Muslimat PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Kepada sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir untuk memeriahkan program ini.
Thursday, July 25, 2013
Wednesday, July 17, 2013
ADUN BUKIT BARU BERI SUMBANGAN DAN BANTUAN PADA MASJID DAN RAKYAT MISKIN

Setakat ini Dr Khalid telah menyampaikan sumbangan kepada 3 buah masjid iaitu Masjid Kg Bukit Katil, Masjid Saidina Ali Bukit Katil dan Masjid Bukit Baru.
Beliau juga telah menghulur bantuan berupa barang makanan kepada beberapa penduduk di Taman Bukit Katil Permai dan Bukit Pulau.
"Program sumbangan akan diteruskan di mana pihak kami akan menziarahi surau-surau di sekitar Dun Bukit Baru, pihak kami sangat berpuashati dengan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat'
'Selain itu program bantuan untuk rakyat miskin, anak yatim dan sebagainya akan diaturkan sepanjang Ramadhan ini bagi meringankan sedikit beban mereka' ujar Dr Khalid.

Sementara itu Pegawai Media Pusat Khidmat Adun Bukit Baru, Haji Yassim Musa berkata pihaknya telah mengaturkan program lawatan rasmi bertemu dengan jabatan-jabatan kerajaan dan NGO.
'Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru juga akan mengaturkan beberapa program khusus seperti lawatan rasmi ke Jabatan-Jabatan Kerajaan, pertemuan dengan NGO dan sebagainya"
Wednesday, May 22, 2013
BUKIT BARU : KEMENANGAN YANG MENYENTUH HATI PENYOKONG PAS MELAKA

Pusat Khidmat Adun Bukit Baru
bersama PAS Melaka dan PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan kenduri
kesyukuran khusus untuk petugas-petugas PRU13 daripada PAS dan Pakatan Rakyat serta seluruh rakyat Melaka pada 24 Mei ini bermula jam 5.00 petang.
Kenduri itu akan diadakan di atas sebidang tanah lapang yang
dinamakan Dataran Kebangkitan Rakyat yang terletak betul-betul di hadapan Dewan
Tun Ali, Bukit Katil.
Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim dalam kenyataannya berkata program
tersebut amat besar maknanya kepada ahli dan penyokong PAS Melaka berikutan
kejayaan PAS memenangi Dun Bukit Baru pada PRU13, 5 Mei lalu.
“Kita menang julung-julung kali dan ia amat menyentuh hati dan
perasaan ahli PAS Melaka.
“Kita sudah berjuang lebih 50 tahun, baru sekarang Allah kurniakan
kemenangan, sudah tentu kita ingin raikan nikmat Allah ini dengan rasa syukur
dan gembira,” ujar Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan
Bukit Katil.
Katanya, PR telah menunjukkan kejayaan memberangsangkan pada PRU13
lalu, dan mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menguasai negeri Melaka dan
Putrajaya pada PRU14 nanti.
Menurutnya Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan bersama-sama
dengan semua wakil rakyat PR Melaka dalam majlis kenduri tersebut.
Pada sebelah malam pula, di tempat yang sama akan diadakan
Himpunan Black505 di mana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan
PR Melaka akan menyerikan himpunan aman tersebut.
Pada PRU13 baru-baru ini, Dr Mohd Khalid Kassim yang mengalahkan
calon BN, Karim Yaakob dengan majoriti 48 undi. Khalid memperolehi 9,292 undi
manakala Karim mendapat 9,244 undi.
Selain itu PR memenangi 6 Dun lain menerusi DAP iaitu Dun Duyong,
Bandar Hilir, Kota Laksamana, Kesidang, Bachang dan Ayer Keroh. Manakala 2
kerusi Parlimen yang dimenangi PR ialah Kota Melaka (DAP) dan Bukit Katil
(PKR).
Monday, May 20, 2013
MERAIKAN PENGANTIN DI PERINGGIT

Tsabit adalah adik kepada salah seorang pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil iaitu Saudara Abu Khir Abu Bakar.
Tahniah sekali lagi dari saya sekeluarga.
Sunday, May 19, 2013
LAWATAN MUHIBBAH SAMBIL BELAJAR KE DUN SG ABONG

Lawatan ini memberikan seribu makna dengan taklimat yang diberikan oleh YB Dr Sheikh Ibrahim dan beberapa orang pembantu beliau. Rombongan saya telah mendapat layanan penuh ukhuwwah dan mendapat banyak info dan pengalaman berguna untuk direalisasikan di Pusat Khidmat Dun Bukit Baru.
Gambar : Kami bergambar kenangan di hadapan rumah YB Dr Sheikh Ibrahim (berbaju merah di sebelah saya).
Saturday, May 18, 2013
ZIARAH KEMATIAN AWAL PAGI TADI

Selepas menghadiri 3 kenduri kesyukuran PRU 13 malam tadi, saya sempat menziarahi keluarga (gambar atas)

Allahyarhamah Siti Aminah Ibrahim yang tinggal di Taman Indah Seksyen 2, Padang Jambu. Saya sampai kira-kira jam 12.00 tengah malam. Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah semoga mereka redha dengan ketentuan Allah dan mendoakan roh Allahyarhamah di tempat bersama roh para anbia, syuhada dan solihin.
Saya juga sempat menziarahi Aminuddin Benu Amin (gambar bawah) di rumahnya. Beliau mengalami sakit kencing. Sempat memberikan nasihat tentang bagaimana mengawal penyakit tersebut dari kesihatan perubatan. Semoga beliau tabah dengan dugaan Allah dan sentiasa menjaga kesihatan beliau agar cepat sembuh.
Sakit adalah ujian Allah kepada hambanya. Insya Allah jika redha dan sentiasa bertaubat kepadaNya dosa kita akan diampunkan oleh Allah S.W.T.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KHIDMAT ADUN SG ABONG
Hari ini saya bersama beberapa orang sahabat membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Khidmat Adun Sg Abong di Muar.
Insya Allah kami akan mempelajari selok-belok mereka mentadbir dan menguruskan pusat khidmat ini. Maklumat dan pengalaman yang kami perolehi akan kami praktikkan di Pusat Khidmat Adun Bukit Baru.
Sokongan dan bantuan dari sahabat dan rakan sekalian amat diharapkan. Terima kasih.

Thursday, May 16, 2013
SOKONG KM DAN EXCO MELAKA ISYTIHAR HARTA

Saya menyokong penuh cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron untuk mengarahkan semua Exco-Exco kerajaan negeri mengisytiharkan harta masing-masing. Ia suatu tindakan yang baik dan wajar disokong oleh semua rakyat.
Malah ianya sejajar dengan manifesto Pakatan Rakyat Negeri Melaka yang jelas menyatakan bahawa Ketua Menteri, barisan Exco dan Adun-Adun mesti mengisytiharkan harta masing-masing jika PR mendapat mandat memerintah Melaka tempohari.
Cuma kita harap Ketua Menteri dan Exco-Exco mengisytihar harta masing-masing kepada umum supaya rakyat dapat menilai samada pemilikan harta mereka itu setimpal dengan elaun mereka.
Sebelum ini memang ada kerajaan negeri BN mewajibkan Exco-Exco mereka mengisyiharkan harta, tetapi mereka isytihar harta di kalangan mereka sahaja bukan kepada umum.
Apa guna isytihar harta di kalangan mereka, apa yang penting ialah rakyat mahu tahu samada harta itu diperolehi secara halal dan sah iaitu sesuai dengan kemampuan mereka.
Rakyat sendiri mahu menilai dan mengkaji aset yang dipunyai oleh pemimpin, supaya mereka tahu siapa pemimpin yang bersih dan siapa yang terlibat dengan kontroversi dan penyalahgunaan kuasa serta rasuah.
Ayuh kepimpinan kerajaan Melaka jangan tunggu lama-lama, nanti rakyat semakin sangsi.
Satu perkara lagi yang sangat penting jika ada mana-mana Exco-Exco dilihat mempunyai aset menggunung tinggi tidak setimpal dengan gaji dan elaun mereka, maka mereka ini mesti disiasat oleh SPRM dan dibawa ke muka pengadilan untuk didakwa di mahkamah. Jangan setakat isytihar harta selepas itu tiada susulan dan tindakan balas.
Pejabat Adun Bukit Baru
17 Mei 2013
Wednesday, May 15, 2013
'KOLOT' DAN KETUA MENTERI MELAKA
RAMAI ahli politik yang dikenali dengan nama timang-timangan. Sebut saja Mat Bulat, Mike Tyson, Samy Tol, Mat Sembab, Six Million Dollar Man dan macam-macam lagi, kita sudah dapat mengasosiasikan gelaran itu dengan siapa dan tokoh politik mana.
Samalah juga dengan Ketua Menteri Melaka yang baru, Dato' Seri Ir Idris Haron. Rakan-rakan sekelasnya di Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Muzafar Shah) memanggilnya 'kolot'.
Menurut Kamus Dewan, 'kolot' bermaksud kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman. Jika merujuk kepada kaum, kolot bermaksud "golongan orang yang berpegang kuat kepada adat resam kuno".
Dalam satu pertemuan santai dengan rakan-rakan sekelasnya di kantin Sekolah Muzafar Shah beberapa tahun lalu, Idris menceritakan kembali asal usul gelaran 'kolot' yang diterimanya.
Cerita Idris, beliau bukanlah dari kalangan keluarga berada. Ayahnya seorang anggota polis kategori lain-lain pangkat. Kesempitan hidup ekoran gaji kecil ayahnya menjadikan keluarga itu berjimat sedapat mungkin. Seringkali baju dan seluar milik ayahnya diwariskan kepada beliau. Sememangnya baju dan seluar yang diwarisi daripada ayahnya itu tidak 'trendy' jauh sekali padan dengan saiz badannya. Ekoran itulah Idris dipanggil 'kolot' oleh rakan-rakannya.
Pada pertemuan itu, Idris juga mendedahkan rahsia yang tersimpan lama. Hanya beliau dan dua tiga orang rakannya sahaja yang tahu bagaimana mereka telah masuk ke bilik penjumlahan mata' dan mengubah jumlah mata yang diperolehi rumah-rumah sukan yang bertanding. Tindakan Idris itu membolehkan rumah sukan yang diwakilinya menang pada temasya sukan sekolah tahun itu.
Harap-harap, Idris tidak berkonspirasi pula mengubah jumlah perolehan undi dalam siri pilihan raya yang disertainya sehingga membolehkan beliau dilantik Ketua Menteri sekarang.
Itu kisah lama Idris. Kisah yang berlaku pada zaman remajanya. Namun setelah lama berkecimpung dalam politik dan kini mengetuai kerajaan negeri, diharap 'kenakalan' itu ditinggalkan beliau. Sebagai generasi baru dalam arena politik negeri, diharap Idris dapat meninggalkan perangai kolot dan 'politik samseng' bekas Ketua Menteri sebelum beliau.
Imej Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang gemarkan konfrontasi itu wajar dihindari Idris. Lihat sahajalah komen Ali Rustam yang mencerca pengundi Cina di kawasan Parlimen Bukit Katil setelah tewas di tangan pencabarnya, Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga Ketua Angkatan Muda KeADILan.
Mohd Ali juga sering mengganggu program ceramah anjuran PAS dan Pakatan Rakyat. Bukan menjadi satu keganjilan untuk Mohd Ali mencacak khemah dan berceramah di hadapan 20 ke 30 orang pendengar asalkan ia boleh mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan pendengar di lokasi berhampiran (kadang-kadang hanya dipisahkan oleh jalan raya).
Bagaimanapun harapan untuk Idris meninggalkan politik kolot dan konfrontasi mentor politiknya itu sedikit tercalar apabila beliau melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Adun PAS Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim.
Belum pun Dr Khalid mengangkat sumpah jawatan sebagai Adun, Idris menuduh Adun PAS itu cuba merampas pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bukit Baru. Malah Idris dipetik akhbar Berita Harian bertarikh 11 Mei 2013 mendakwa "PAS sedang mengintai Dewan Tun Ali dan Masjid Saidina Ali" yang terletak dalam Dun Bukit Bharu. Dun Bukit Bharu adalah salah satu Dun di bawah kawasan Parlimen Bukit Katil.
Menafikan tuduhan Idris itu, Dr Khalid yang juga bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka berkata, tidak wujud arahan daripada PAS kawasan untuk merampas bangunan-bangunan yang dinyatakan Idris.
"Laporan itu juga menunjukkan bahawa saya langsung tidak mengetahui prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagai wakil rakyat. Saya yakin laporan itu berniat jahat dan cuba memburukkan imej saya sebagai Adun. Saya dan PAS kawasan menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar berkenaan," kata Dr Khalid kepada Harakah.
Sehubungan itu, wakil tunggal PAS di Dun Melaka itu menggesa Idris dan Berita Harian memohon maaf dan menarik laporan fitnah itu dalam tempoh tujuh hari sebelum mengambil tindakan mahkamah.
Bagi membuka lembaran baru politik Melaka yang lebih harmoni, mesra dan konstruktif, elok rasanya buat Idris untuk memohon maaf dan tidak mengulangi kesilapan pemimpin terdahulu.
Sebagai anak jati Melaka, tentu Idris lebih dekat dengan budaya Melayu Melaka berbanding Mohd Ali yang berdarah campuran Pakistan-Melayu. Tunjukkanlah sikap Melayu sebenar yang kaya dengan budi dan bahasa. Tinggalkan politik kolot dan konfrontasi yang tidak memberi sebarang faedah kepada anak bangsa dan negeri.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Sumber : Ahmad Tajdid, Harakahdaily.

UCAPAN TAHNIAH KEPADA KM DAN BARISAN EXCO NEGERI MELAKA

Saya
selaku Adun Bukit Baru mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, YAB Datuk Idris Haron selaku Ketua Menteri
Melaka yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam Selasa lalu.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Exco Kerajaan Negeri yang baru dilantik bersama-sama dengan Timbalan Exco masing-masing.
Rakyat berharap YAB Datuk Idris dan barisan Exconya dapat memenuhi hasrat
rakyat Melaka seluruhnya untuk mentadbir negeri ini dengan prinsip keadilan,
telus dan mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Selaku
Adun PAS dan Pakatan Rakyat saya sendiri bersedia untuk memberikan kerjasama
bagi memenuhi hasrat tersebut.
Semoga YAB
Ketua Menteri dan barisan Exco akan dapat memainkan peranan dengan sebaiknya dan memberikan
perkhidmatan terbaik untuk rakyat Melaka tanpa mengira apa juga fahaman politik
Saya mencadangkan
supaya kerajaan negeri memberikan keadilan kepada semua Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) dengan memberikan peruntukan khas kepada mereka tanpa mengira
parti yang mereka wakili.
Sebelum
ini saya difahamkan hanya Adun BN sahaja yang mendapat peruntukan dari kerajaan
negeri manakala Adun pembangkang langsung tidak mendapat peruntukan tersebut. Sebagai
sebuah kerajaan yang adil dan telus diharapkan kerajaan Melaka yang baru tidak
mengulangi kesilapan kerajaan negeri sebelum ini
Apa
penting sekarang ialah YAB Ketua Menteri dan Kerajaan negeri mesti mencari
jalan bagi mengurangkan bebanan rakyat khusus dalam isu kenaikan harga barang
dan caj perkhidmatan, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, pendidikan
anak-anak, sistem pengurusan zakat, hal ehwal pentadbiran agama Islam dan
sebagainya.
Saya
mencadangkan YAB Ketua Menteri Melaka dapat mengamalkan sifat terbuka dan adil
kepada semua rakyat khususnya dalam pentadbiran institusi masyarakat seperti
Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Masjid dan
Surau dan lain-lain.
Bantuan-bantuan kebajikan juga mesti diagihkan dengan adil dan saksama kepada
semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit.
Tahniah
dan Selamat Menjalankan Tugas kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris
Haron.
Dr Md Khalid Kassim
Adun Bukit Baru
KITA AKAN ADAKAN PROGRAM USTAZ AZHAR DI BUKIT BARU

Memang pihak Pusat Khidmat sudah merancang program UAI di Bukit Baru. Cuma jadual UAI terlampau ketat.
Insya Allah kita akan dapatkan tarikhnya, cuma bukan dalam masa terdekat ini.
PERCEPATKAN KERJA-KERJA UBAHSUAI MASJID BUKIT BARU

Jika ada sebarang masalah boleh ajukan kepada saya untuk kita bincang dan cari jalan penyelesaian. Apa yang penting ialah kita cari jalan penyelesaian. Insya Allah, Allah akan permudahkan segala kerja buat kita.
Mungkin kita perlu ajukan masalah-masalah tersebut (jika berkaitan) kepada pihak berwajib untuk mendapat bantuan mereka.
Sama-sama kita berdoa semoga masjid ini siap dalam masa yang singkat.
PUSAT KHIDMAT ADUN BUKIT BARU MULA BEROPERASI
Pusat Khidmat Dun Bukit Baru mula beroperasi sejak 6 Mei 2013 lagi. Kami telah menerima banyak laporan dan aduan. Ianya sedang diproses dan diajukan kepada pihak berkenaan.
Pihak Pusat Khidmat masih sekarang ini dalam rangka menyusun program jangka pendek dan jangka panjang. Program paling terdekat ialah menyiapkan Pusat Khidmat Adun Bukit Baru. Insya Allah pada 1 Jun ini Pusat Khidmat Tetap akan siap dan mula beroperasi sepenuhnya.
Sekarang ini Pusat Khidmat Dun Bukit Baru beroperasi sementara di Pejabat MTD Bukit Baru betul-betul di hadapan Masjid Kg Bukit Katil di sebelah Kedai Jimat Kg Bukit Katil.
Pusat ini boleh dihubungi di talian 06-267 2239 atau talian Pegawai Khas saya : 012 754 2514. Email : penjana@gmail.com atau bakhtiarbbb@gmail.com
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.

Saya akan cuba menjadikan blog ini medan untuk menyalurkan jadual, program dan aktiviti saya dan Pusat Khidmat Adun Bukit Baru.
Tuan juga boleh menyalurkan apa-apa maklumat untuk dimuatkan ke blog ini melalui email : bakhtiarbbb@gmail.com atau penjana@gmail.com atau talian telefon : 06 - 267 2239.
Salam Ukhuwwah dan Persahabatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)